“PADANLAH ALLAH DAH TURUNKAN BALA KAT MAS” INILAH SEBABNYA…!!!

“PADANLAH ALLAH DAH TURUNKAN BALA KAT MAS” INILAH SEBABNYA! | Sejak kebelakangan ini syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS seringkali ditimba “bala” antaranya adalah tragedi MH370 dan MH17.

Terbaru, beribu-ribu pekerja MAS dipecat kerana syarikat itu tidak mampu untuk menanggung kos pembayaran gaji kepada kakitanganya. Pelbagai usaha yang dilakukan MAS bagi memulihkan syarikat itu dari bankrap tetapi sehingga kini belum nampak MAS itu pulih.

MAS sediakn Beer

Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Rum ayat 41, Allah berfirman, maksudnya:

“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut yang berpunca daripada perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Seorang penumpang MAS yang dalam perjalanan dari Heathrow, London ke KLIA berkongsi cerita ini di laman sosial facebok:

Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.
Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja ‘Beer percuma’.

‘Beer, beer, beer!’

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.
Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

“Betul ke awak ini lebih 18 tahun?”

Budak itu jawab, “YA!”

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.

Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah.

Kredit: Kamaruzaman Jaffar

10 Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran

10 Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran - Pada peringatan hari-hari besar islam kerap sekali dijadikan sebagai ajang untuk memamerkan trend mark terbaru dari busana muslim yang kebanyakan orang pakai. Seperti busana muslim kaftan, gamis muslim panjang, kebaya muslim dan banyak lagi yang lainnya. Tentu jenis pakaian busana muslim ini lah yang ramai sekali diburu para wanita maupun pria muslim pada acar besar islam ini. Karena sejatinya memang lah acara besar ini merupakan sebuah peringatan yang sakral dan suci. Oleh karena kesucian dan kesakralannya lah yang menuntut kita untuk berpakaian pakaian yang sopan dan rapi sebagai mana seperti busanam muslim sendiri.

10 Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran

10 Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Berbagai farian busana yang disuguhkan sesuai dengan trend mode pada era sekarang ini. Pada busana muslim yang mengalami perubahan pesat pada rancangan dan modelnya ini membuat diminati banyak orang. Terlebih lagi pada mereka yang awalnya enggan untuk mengenakan busana muslim yang memang terkesan kurang menarik dan terbilang kurang mengikuti perkembangan zaman, atau jadul. Namun dengan adanya trend fashion baju muslimah saat ini dapat memberikan banyak manfaat bagi masyarakat yang memang ingin sekali untuk selalu tampil modis dan fashionable. 
Contoh Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Trend Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Salah satu pakaian muslim untuk lebaran yang banyak sekali diminati oleh wanita muslimah yakni jenis baju muslim gamis. Busana muslim yang satu ini memang memiliki nuansa indah dan elegan. Sangat pas untuk dikenakan oleh remaja muslimah yang berkepribadian feminin. Karena memang desain pada baju dress muslim ini bernuansa anggun. Sehingga dapat memberikan nuansa yang elegan pada si pemakainya. Saat ini baju muslim dress panjang ini juga telah mengalami metamorfosa dari masa ke masanya. Yang menjadikannya sebuah rangkaian busana muslim yang amat sangat modis dan sempurna.  
Koleksi Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Busana muslim gamis remaja ini memang sangat pas dan cocok untuk dikenakan pada segala aktifitas terlebih lagi untuk dipakai pada sebuah acara pesta. Desain baju gamis muslim remaja untuk dikenakan pada saat lebaran ini sudah sangat berinovasi. Jika kita flash back kembali, mungkin baju muslim gamis untuk perempuan ini terkesan kurang gaya dan modis. Yang dimana hanya sebuah pakaian yang berbentuk gamis longgar, yang tidak terdapat aksen - aksen sebagai penunjang model baju muslim gamis ini. Namun pada saat ini yang dimana trend fashion sudah mengenai pada aneka model jenis pakaian muslim yang sehingga baju muslim gamis ini telah disulap menjadi sebuah pakaian muslim yang amat anggun dan menawan untuk dapat dikenakan oleh remaja - remaja masa kini. 
Gambar Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Trend Fashion Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Adanya desain trend - trend terbaru dari contoh baju muslim gamis masa kini dapat membuat kita cukup nyaman mengenakannya pada saat lebaran. Berbusana muslim tidak lah lagi merasa kurang percaya diri karena model gayanya yang terbilang jadul oleh anggapan banyak orang sebelumnya. Sudah banyak sekali model - model terbaru yang dapat kita pilih untuk kita kenakan dalam moment - moment apa saja termasuk moment berkumpul bersama keluarga dihari lebaran yang sesaat lagi akan datang.
Kumpulan Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Desain Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Sengaja kami suguhkan pembahasan mengenai 10 Model Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran untuk dapat anda jadikan sebagai tambahan referensi terbaru anda akan model gaya pada busana muslim gamis terbaru tahun ini. Berikut juga telah kami sajikan beberapa rangkuman contoh gambar baju muslim gamis modern yang sangat pas untuk anda jadikan alternatif dalam pemilihannya.
Gamis Muslim Remaja untuk Lebaran
Cukup demikian saja ulasan pendek kami kali ini. Semoga sajian kami dapat membawa banyak manfaat dan inspirasi positiv untuk anda. Kami juga telah siapkan sajian menarik lainnya yakni terkait seputar Style Fashion Baju Muslim Keluarga untuk Lebaran yang dapat pula untuk anda bahas. Terimakasih telah bersuka hati untuk datang berkunjung pada blog kami.

Inilah SURAT Seorang Wanita Kepada Ziela Jalil Berkenaan Drama DIA ISTERI LUAR BIASA Yang VIRAL !!!

Inilah SURAT Seorang Wanita Kepada Ziela Jalil Berkenaan Drama DIA ISTERI LUAR BIASA Yang VIRAL !!! | Bismillahirahmanirahim…. Assalamualaikum wbt. Ke hadapan Puan Ziela Jalil,

Apa khabar puan? Diharapkan puan sihat. Saya adalah antara berjuta penonton drama puan, Isteriku Luar Biasa. Saya teruskanlah point saya. Saya malu tengok drama puan. Boleh ke kalau saya katakan drama puan itu drama maksiat?

11111

Kalau dulu, pihak berkuasa negara kita bukan main bersusah payah nak menangkap pasangan yang tak ada ikatan, bercumbu rayu berpelukan, bercengkerama di taman, hutan, rumah kosong, hotel bajet, mahupun tandas awam (wallahualam). Bukan main diorang sanggup menyorok dari pandangan mata awam (tetapi tidak dari Allah).

Tetapi sekarang, puan dengan bangga buat drama tunjuk pada mata masyarakat drama yang penuh dengan adegan peluk-peluk, bersuap-suap makan, berpengangan tangan, berlaga pipi yang pada hakikatnya semua tahu pasangan pelakon itu tiada ikatan apa-apa pun.

Demi niat, puan nak menunjukkan kasih sayang dan sucinya sebuah ikatan ‘perkahwinan’ ciptaan drama puan.

Ye, saya tahu drama itu adaptasi dari novel. Tapi bezanya novel adalah karangan yang terkandung dalam buku. Yang dibaca kebanyakannya oleh golongan dewasa/remaja yang boleh berkhayal dan syok sendiri betapa indahnya dunia perkahwinan. Yang dah ditulis dalam novel itu, mereka dah kahwin puan.

Tetapi ini sudah cerah menyala dan terang benderang secara fizikalnya, puan mengarahkan dua hamba Allah yang beragama Islam bersentuhan pipi, hidung, tangan, perut, peha dan seterusnya puan pun tahulah kat mana. Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi yang tersentuh kalau dah berpeluk macam itu.

Saya malu puan, tengok drama hasil lakonan pelakon Islam. Pengarahnya Islam dan penerbitnya pun Islam. Adakah sebab niat puan menghalalkan cara?

Kasihanlah dengan keluarga saya yang ada anak remaja meningkat dewasa sedang belajar hukum hakam agama tetapi terangan di televisyen pula menunjukkan sebaliknya.

Puan nak suruh saya tutup televisyen ke? Saya ada televisyen satu je. Itu pun depan meja makan. Kalau tak buka, kusamlah rumah saya. Budak-budak muncung nak tengok televisyen. Puan nak suruh saya tukar channel ke? Habis saya nak tengok apa? Saya suka tengok cerita itu tetapi sebab banyak adegan macam tu, macam melampau pula saya rasa. Puan tak rasa begitukah?

Saya tak marah pun niat puan ikhlas nak beritahu objektif drama itu adalah untuk menunjukkan kemesraan suami isteri. Tetapi saya marah sebab puan menggunakan khidmat pelakon yang tak ada ikatan muhrim. Segan kami orang tuan menontonnya. Nak menjawab pada anak-anak lagilah satu hal. Allahuakbar.

Tak boleh ke puan ambil pelakon yang memang suami isteri untuk lakonkan adegan seperti itu? Contohnya, Dato Siti Nurhaliza dengan Dato K ke (mampu?), Norman Hakim dengan Memey ke (Sendu pula), Che Ta dengan Zain ke, Lisa dengan Yusri ke, Shuib dengan Sarah Raisudin ke, Hanis Zalikha dengan Hairul ke, Fynn Jamal dengan Tri ke (tetibe).

Malah Abang Jib dengan Kak Mah pun boleh berlakon juga. Ha, diorang pun sudah kahwin. Puan nak suruh mereka bercium menenggek di atas katil, berpelukkan basah sambil basuh kereta pun saya tak marah. Nak tunjuk adegan mandi sekali pun boleh, lagilah saya nak tengok.

Dan sebab saya boleh jawab pada anak-anak saya, There, itu mereka dah kahwin. Walaupun mereka berlakon saja tetapi mereka dah kahwin. Barulah hati saya senang nak tengok dan anak-anak pun faham yang sememangnya dah muhrim baru boleh bersentuhan. Kan banyak tu saya bagi nama pasangan yang sudah kahwin. Tak boleh ke puan ambil mereka sahaja?

Saya tak rasa pun nanti rating drama puan jatuh menjunam ke apa. Saya rasa lagi ramai nak tengok pasangan dah kahwin ini berlakon drama puan. Ala-ala romantika gitu. Kan dah macam dua dalam satu. Kami dapat tonton drama arahan/terbitan puan yang best. Disamping itu dapat melihat kemesraan artis yang sudah bersuami isteri. See, barulah sweet in real life kata orang gitu. Tak menarik ke idea saya ini puan?

Tolonglah considerkan cadangan saya.

Cukup-cukuplah dengan adegan seperti itu, kalau hero dan heroinnya tiada ikatan lagi. Drama dulu tak ada pun sedaring sekarang. Sedih saya puan, kami ibu bapa penat kerja nak hantar anak-anak belajar agama, hukum Islam. Tetapi bila balik rumah buka televisyen dah macam itu pula lakonan dramanya.

Saya harap puan tidak terkesan dari sudut negatif teguran saya. Puan ambillah dari sudut yang positif. Saya hormat puan sebab puan sangatlah sempurna di mata saya, menutup aurat, berharta kaya raya, mempunyai anak-anak yang cantik beriman dan sangat bagus didikannya.

Tunjukkanlah contoh yang baik buat anak-anak muda kita yang berkebolehan untuk mengarah atau menghasilkan drama melayu yang bagus. Saya kagum dengan puan. Saya pilih untuk tegur rama puan sebab saya tahu puan mampu mengambil teguran saya dan mempertimbangkannya.

Saya tahu banyak lagi drama atuu filem yang selamba kodok saja tunjuk pelakon bukan muhrim bersentuhan. Tetapi saya tak tegur mereka sebab saya tak kenal pun mereka dan saya tak tengok pun hasil kerja mereka. Puan rasa?
Baiklah puan, setakat ini sajalah rasanya luahan saya. Tak pergi terawikh pula saya malam ini sebab gigih menulis semua ini untuk puan.

Akhir kata dari saya rakyat marhaen, penonton tegar drama televisyen pada jam 7 petang, majulah drama Melayu Islam di mata dunia. Semoga setiap yang kita usahakan, diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Puan Ziela Jalil. Maaf Zahir dan Batin. KREDIT THEHYPEMEDIA.