Sebelum ini, terdapat beberapa laporan bahawa Samsung Galaxy S5 bakal membawakan pengesanan mata namun teknologi itu belum cukup kukuh untuk diperkenalkan kepada umum pada minggu hadapan dan akhirnya pihak amsung akur untuk memperkenalkan teknologi yang hanya membawakan pengesanan cap jari yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun yang lalu.
Namun berbeza daripada teknologi yang terdapat pada iPhone 5s yang memerlukan anda statik di atas butang kuasa untuk mengesan cap jari, pengesanan cap jari yang bakal diperkenalkan oleh pihak Samsung ini memerlukan anda mengerakkan jari anda di atas butang kuasa memandangkan ia dikatakan cara ini lebih selamat.
Selain itu, ia dilaporkan bakal membolehkan pengguna menetapkan sehingga 8 jari untuk fungsi berlainan. Satu jari sudah semestinya untuk membuka kunci skrin dan 7 jari lagi untuk fungsi yang lain namun belum dapat memastikan 7 fungsi tersebut. Selain itu, Samsung juga dikatakan bakal memperkenalkan satu fungsi yang dinamakan “Private Mode” yang memerlukan pengguna meletakkan cap jari untuk mengakses sesuatu aplikasi yang mempunyai data persendirian.
Walaupun, tiada lagi pengesahan oleh Samsung setakat ini dan kami bakal melaporkan lebih lanjut pada acara MWC 2014 pada minggu hadapan. Namun begitu, pengesanan cap jari mungkin benar diperkenalkan pada minggu hadapan memandangkan Samsung tidak mahu ketinggalan daripada pesaingnya, Apple. - Nizul