Fauzi, Sharnaaz !! Sudah sudah cukup sudah

SEPANJANG minggu, tiap-tiap hari Diva buat edisi kemas kini kisah pergaduhan tiga pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati. Baca punya baca, sumpah sampai hari ini Diva tak tahu hujung pangkal apa yang menyebabkan Sharnaaz naik hantu sampai serang Lisdawati yang tengah mengandung lima bulan.
Itulah yang disebut-sebut dalam surat khabar dan portal-portal hiburan. Eh, tengok perempuan hamil berdiri lama-lama pun Diva dah simpati, inikan pula nak tengking-tengking. Tapi kalau mengandung pun mulut celupar dan tak sedar diri, sesiapa pun kena perli atau kena marah untuk kebaikan.
Diva tak cakap bahawa Lisda yang tidak sedar diri. Diva cakap secara umum sahaja. Kalau fikir logik, tak mungkin kerbau naik minyak kalau ekornya tak ditetak atau tak dicucuh api. Puas juga kawan-kawan Diva memujuk Sharnaaz minta dia menceritakan episod serang-menyerang di lokasi, tapi kata Sharnaaz, biarlah! Janji semua orang di lokasi tahu situasi sebenar. Apakah itu?
Alahai Sharnaaz! Abang Jebat seorang ni tak habis-habis buat hal. Belum habis cerita himpit awek Qi Razali, si Nelydia Senrose, timbul pula cerita bergaduh dengan Lisda. Suami Lisda pula, Fauzi Nawawi. Buku bertemu dengan ruaslah. Sama-sama panas, sama-sana handal bertelagah.
Benda dah jadi tak boleh nak cegah, sekarang kena rawat. Diva harap, sudah-sudahlah bergaduh lagi. Kalau dulu Lisda boleh lawan tarik rambut dengan Rita masa bergaduh dalam kolam renang, sekarang bergaduh dengan Sharnaaz nak tarik rambut siapa, kepala Sharnaaz botak.
Sama-samalah kita tunggu perkembangan terkini, sebab dua-dua pihak sudah buat laporan polis. Diva bukan apa, banyak lagi kerja polis selain nak kena layan kisah tengking-tengking artis-artis yang memang suka bergaduh nih. - Kosmo.