KAJANG - "Saya berasa panas, dan tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar daripada kereta saya," demikian menurut seorang pemandu yang keretanya (Satrio Neo) tiba-tiba terbakar di depan lampu isyarat Jalan Reko Kajang hari ini.
Pemandu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, dia bernasib baik kerana pantas keluar daripada kereta itu dan segera meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada berdekatan kawasan tersebut.
Ketika ini, mereka sedang menunggu ketibaan penyelamat (bomba) untuk 'menyelamatkan keadaan'.
Jalan di situ sesak teruk akibat kejadian tersebut. Orang ramai turut mengambil kesempatan untuk merakamkan adegan mencemaskan tersebut. - SH.

"Saya baru balik daripada masjid selepas selesai menunaikan solat Jumaat tadi.
"Saya berhajat hendak ke Pejabat Pendaftaran Bangi, tiba-tiba berhenti di lampu isyarat kereta saya terbakar, cemas juga, dalam kekalutan tersebut saya sempat keluar daripada kereta saya," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.