KALAU jodoh tidak ke mana. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam perhubungan percintaan, akhirnya pelakon drama, Almy Nadia, 28 bersama pasangannya yang juga pelakon drama dan filem, Fizz Fairuz, 34 selamat diijabkabulkan.
Majlis akad nikah yang diadakan dalam majlis sederhana tetapi meriah itu berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh, petang tadi.
Pasangan merpati dua sejoli itu selamat bergelar suami isteri setelah dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat kira-kira jam 5 petang.
Almy Nadia atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah menerima mas kahwin RM1,001 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Tepat jam 4.50 petang, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Firuz Zainol tiba bersama Almy di masjid dengan mengenakan pakaian pengantin berwarna biru firus.
Pihak lelaki membawa sembilan hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran.
Almy yang ditemui selepas selesai majlis berkenaan berkata, dia amat bersyukur dengan perkahwinan itu setelah dugaan dan cabaran dilalui sepanjang lapan tahun menjalin hubungan bersama Fizz.
“Saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini, ia hasil berkat doa dan kesabaran kami berdua sepanjang menempuh alam percintaan selama lapan tahun. Kesabaran saya selama ini akhirnya terbalas dengan perkahwinan ini. Doa kami untuk bersatu akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya juga berasa sangat lega, segalanya sudah selesai setelah pelbagai dugaan yang ditempuh dengan bermacam-macam kontroversi, naik dan turun akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin,” katanya.
Ketika ditanya mengenai bulan madu, Fizz yang berasal dari Raub, Pahang itu berkata, mereka merancang untuk bercuti selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti namun lokasinya belum ditetapkan.
“Rancangan memang ada tetapi tempatnya belum dapat dipastikan lagi. Insya-ALLAH kami merancang selepas Hari Raya nanti kerana pada masa ini, kami masih sibuk dengan penggambaran slot drama bersiri Samarinda, Cinta Kita.
“Berkenaan dengan cahaya mata, jika diizinkan-Nya, saya nak ramai anak. Bagaimanapun, kami berserah kepada ALLAH untuk menentukannya, kami terima seadanya,” katanya.
Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Fizz dilaporkan bertunang dengan seorang gadis dari Pahang.
Namun pertunangan itu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut selepas seminggu bergelar tunangan.
Fizz kembali kepada Almy pada penghujung tahun lalu dan kedua-duanya telah mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober lalu. - SH.