TERKINI !!! Bluefin-21 kesan MH370 di dasar laut

DRON penyelam dasar laut, Bluefin-21 untuk mencari MH370.

PERTH - Pasukan mencari telah menggunakan kenderaan dalam air automatik (AUV), Bluefin-21 semalam bagi meneruskan usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.
Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston (gambar kecil) berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas.
"Walaupun tiada lagi isyarat dikesan, apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini semalam.


"Analisis yang dibuat terhadap empat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akustik yang dikesan kapal Australia, Ocean Shield minggu lepas.
Sehubungan itu, Houston berkata, para pakar memutuskan bahawa kapal Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) petang semalam dan menggantikannya dengan penggunaan dron Bluefin-21. - Kosmo.