Posted by Unknown
Posted on 12:08 AM
Gambar Majlis Pernikahan Misha Omar Dan Firos 2 Mei 2014 | KOTA BAHRU: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse di sini, Jumaat.
Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.
Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan. Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin.
Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai.
Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai 'Abang Ultraman' yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.
Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 - mStar online