"Jika ditakdirkan polis menembaknya, saya reda kerana dah tak tahan" - Luahan seorang Ibu

“Jika ditakdirkan polis menembaknya, semalam (kelmarin), saya reda kerana sudah tidak tahan melihat menantu dan cucu menanggung derita diseksanya,” kata Laila Abdullah, 63, ibu kepada lelaki yang mengamuk dan menjadikan dirinya, menantu dan tiga cucu sebagai tebusan dalam kejadian di Duyong Indah, di Melaka, kelmarin.


Jika ditakdirkan polis menembaknya, saya reda kerana dah tak tahan
Jika ditakdirkan polis menembaknya, saya reda kerana dah tak tahan
"Jika ditakdirkan polis menembaknya, saya reda kerana dah tak tahan" - Luahan seorang Ibu Dalam kejadian jam 7 malam, suspek yang berusia 30-an dikatakan bertengkar dengan ibunya dan isteri berusia 44 tahun sebelum mengurung dan mengancam mereka menggunakan parang panjang yang berukuran 0.6 meter.


Menurutnya, sejak sebulan lalu, dia mula menyedari perangai anaknya berubah apabila kerap memukul isterinya walaupun tanpa sebab munasabah.

Katanya, tindakan suspek itu benar-benar di luar jangkaan apabila sanggup memukul dan menyepak ibu, isteri dan anaknya, malah suspek turut memaksa ibunya mengaku menyihirnya.

“Nenek mana sanggup melihat cucu yang masih kecil dipukul, disepak dan dihempas ke lantai. Ketika melihat tiga beradik itu diperlakukan begitu, hanya air mata yang keluar selain tidak henti berdoa anak saya dilembutkan hati untuk melepaskan kami.

“Kerana tidak tahan melihat perbuatan anak, saya sudah tidak kisah sekiranya polis mahu menembaknya asalkan kami bebas dan saya tidak sanggup melihat dia mengacukan parang ke arah isteri dan anak sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam, lapor Harian Metro. - See more at: http://myblastmedia.blogspot.com/2015/05/jika-ditakdirkan-polis-menembaknya-saya.html#sthash.bu98xqFR.dpuf