19 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha | Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini selamat bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan. Majlis akad nikah berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Bukit Jelutong.
Ini komen Hanis Zalikha:
“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir,”
Dengan sekali lafaz sahaja, kedua pasangan mempelai itu dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat kira-kira jam 3.50 petang.
Hanis Zalikha menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90 yang merupakan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 / 10 / 1990. Hairul Azreen turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.
Kedua-dua belah pihak memberikan 11 dulang hantaran. Majlis resepsi Hairul Azreen dan Hanis Zalikha akan dilangsungkan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic.