Beza antara kami, saya dipilih rakyat - Nazri

Beza antara kami, saya dipilih rakyat - Nazri | Perbezaan antara kami ialah saya oleh rakyat," begitulah kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Sultan Ibrahim bahawa baginda menyuarkan sentimen rakyat sebagai pemimpin bagi rakyatnya dan Malaysia.
"Jika saya tidak menjalankan tugas saya, rakyat akan menghukum saya kemudiannya," kata Nazri kepada pemberita ketika lawatannya ke Sekinchan, Sabak Bernam hari ini.
" perlu berdepan dengan mahkamah rakyat setiap lima tahun, tapi Alhamdulillah, saya sudah lima kali diadili dan saya menang," kata MP Padang Rengas seperti yang dilaporkan oleh The Star Online hari ini.
Ditanya sama ada beliau kecewa apabila dilabel 'kurang ajar' kepada Istana, Nazri berkata bukan kali pertama beliau dilabelkan seperti itu beliau tidak runsing dengan pandangan rakyat.
"Akhirnya, kawasan saya yang saya hanya ambil berat. Sebab itulah saya jadi wakil rakyat untuk lima penggal.
"Kita menjunjung demokrasi dan rakyat boleh bercakap apa sahaja tentang saya. Tapi jangan marah bila saya menolak sebab saya juga ada hak untuk memberikan pandangan. Baru adil," katannya.
Sumber : Malaysiakini