Undang Padah! Gara-gara Ingin Cantik, Muka Makin Teruk Selepas Suntik Baby Oil | Dek kerana ghairah untuk tampil cantik, seorang lelaki di Mexico terpaksa menderita dengan wajah yang hodoh sejak 17 tahun lalu kerana kesilapan menyuntik sesuatu ke dalam kulit wajahnya.
Hugo Hernandez Garcia dari Nuevo Laredo, Mexico telah melakukan sesuatu tanpa merujuk pakar terlebih dahulu.
Menurut beberapa sumber, lelaki tersebut telah menyuntik minyak baby oil ke dalam wajahnya kerana memikirkan kos yang rendah untuk cantik.
Biarpun ragu-ragu dengan keputusannya, tetapi Hugo telah terlalu obses untuk menjadi lebih kacak sehingga tidak menyedari apa yang baby oil boleh lakukan ke atas wajahnya.
Tidak beberapa selepas disuntik, kulit wajahnya bertukar merah dan membengkak secara tidak normal.
Bukan sahaja muka Hugo jadi hodoh, kesihatannya juga terjejas teruk. Keadaan wajah Hugo sebenarnya tidak menyakitkan tetapi dia terpaksa bergantung kepada 15 jenis ubat berbeza setiap hari.
Dia juga perlu mengambil makanan mengikut diet khusus, minum banyak air dan juga menjauhi alkohol.
“Saya tidak peduli jika orang ramai melihat wajah saya, tetapi saya memang menghadapi masalah kemurungan akibat wajah saya.
“Dalam kepala saya, saya cuba memberitahu diri saya bahawa saya tidak ingin menyembunyikan apa-apa, cuma sejarah kejadian ini menjadikan saya begitu trauma.
Itulah padahnya jika terlalu mengejar kecantikan tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk kelihatan cantik. Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.