GEMPAR !!! USS Kidd tarik diri dari misi SAR MH370

USS Kidd Tarik Diri Dari Misi SAR MH370, Tumpu Udara , Gerak pesawat P-8 Poseidon &  P- 3C Orion | USS Kidd yang telah beberapa hari menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) untuk pesawat MH370 akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu.

USS Kidd Tarik Dari Dari Misi SAR MH370, Tumpu Udara , Gerak pesawat P-8 Poseidon & P- 3C Orion


P- 3C Orion - Wikipedia

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana  kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

MH370 - Komander US Navy Puji Malaysia

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat  P-3 Orion.

USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P- 8A Poseidon dan P -3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.