Punca sebenar 6 remaja maut di Konsert Future Music

Punca sebenar 6 remaja maut di Konsert Future Music | Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi berakhir dengan tragedi kematian enam individu termasuk tiga wanita manakala tiga lagi dalam keadaan kritikal.


Kejadian tidak diduga ini dipercayai berlaku disebabkan pengambilan dadah jenis methamphetamine secara berlebihan sebelum mereka sesak nafas dan pengsan semasa menghadiri konsert Future Music Festival Asia yang julung kali diadakan di Malaysia.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari terakhir konsert itu dijadualkan berlangsung pada malam ini namun terpaksa dibatalkan. Ianya dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis.